salam..jangan lupa..semua dijemput hadir...
Thursday, 23 October 2014
Monday, 8 September 2014
PEMBENTANGAN PROFIL MASJID AL-MUTTAQIN,KG BUJANG
MAJLIS PEMBENTANGAN PROFIL MASJID AL-MUTTAQIN ,KG BUJANG SEMPENA LAWATANPENILAI PENARAFAN STANDARD MASJID MALAYSIA
TARIKH: 5.SEPT.2014
MASA: 3.00 MPTG.
TEMPAT: MASJID AL-MUTTAQIN,KG BUJANG
TARIKH: 5.SEPT.2014
MASA: 3.00 MPTG.
TEMPAT: MASJID AL-MUTTAQIN,KG BUJANG
Sunday, 7 September 2014
10 MASJID TERCANTIK DI DUNIA...MASJID ZAHIR ALOR SETAR TEMPAT KE-4 DUNIA..DI SINI LAHIRNYA IMAN DAN TAKWA..
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi
Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.
2) Masjid Nabawi
Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi Muhammad SAW.
3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin
Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
4) Masjid Zahir, Kedah, Malaysia
Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.
5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi
antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.
6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India
Terletak di Bhopal, India, masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di Asia. Pada sebelah petang, ia digunakan sebagai sekolah agama.
7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia
Dahulu, masjid ini adalah masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang Banda Aceh pada 1873, masjid ini dibakar dan Belanda membina sebuah masjid baharu sebagai pengganti. Kubah pertama masjid disiapkan pada 27 Disember 1883, dan tiga lagi kubah ditambah pada 1935. Kini, ia dikembangkan kepada lima kubah pada 1959 hingga 1968.
8) Masjid Sultan, Singapura
Terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampung Glam Rochor. Sejak ia dibina, masjid ini tidak banyak berubah. Hanya penambahbaikan kecil sahaja dilakukan di ruang utama pada 1960 dan ruang tambahan dibina pada 1993. Pada 14 Mac 1975, ia diiktiraf sebagai monumen kebangsaan.
9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan
Ia masjid terbesar di selatan timur dan selatan Asia serta keempat terbesar di dunia. Pada 1986 hingga 1993, ia merupakan masjid terbesar di dunia sebelum selesainya pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi dan pembesaran Masjidil Haram serta Masjid Nabawi pada 1990-an.
10) Masjid Qol Shariff, Rusia
Ia adalah salah satu masjid terkenal di Rusia. Nama masjid ini diambil sempena nama Imam Qol Shariff pada abad keenam.
SEJARAH PENUBUHAN MASJID AL-MUTTAQIN,KAMPUNG BUJANG.
Pengenalan
Masjid
Al-Muttaqin Kampung Bujang dipercayai mula dibina pada awal abad
ke-20 berasaskan binaan daripada kayu dan berlantaikan tanah. Asas bangunan sekarang daripada konkrit telah dibina pada tahun 1966
dengan peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Pada tahun
1980-an ia telah diperluas keluasannya melalui peruntukan daripada Pejabat
Daerah Kuala Muda.
Masjid ini sekali lagi mengalami pengubahsuaian pada tahun 2010
dan mula digunak pada 4 Februari 2011
(Jumaat)
. Bilangan penduduk pada ketika ini melebihi 4000 orang.
LAWATAN PENILAI STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA
Salam tuan/puan ,pihak pegawai dan kariah Masjid Al-Muttaqin ,kampung Bujang akan menerima wakil pihak penilai Standard penarafan masjid Malaysia pada:
Tarikh: 8 Sept.2014
Masa: 3.00 ptg.
Tempat : Masjid Al-Muttaqin ,kampung Bujang
diharap semua pegawai masjid dapat memberi kerjasama menjayakan majlis ini..
Tarikh: 8 Sept.2014
Masa: 3.00 ptg.
Tempat : Masjid Al-Muttaqin ,kampung Bujang
diharap semua pegawai masjid dapat memberi kerjasama menjayakan majlis ini..
Monday, 1 September 2014
AJK LAJNAH PENERAPAN STANDARD MASJID MALAYSIA
ajk yang terlibat dalam keceriaan ,infranstuktur,langskap,kebajikan dan dakwah masjid Al-Muttaqin,kg Bujang,Bedong.Kedah
Program Gotong Royong kemerdekaan masjid Al-Muttaqin kg Bujang
Para penduduk khariah kampung Bujangsekitar kawasan masjid telah mengadakan gotong royong bagi keceriaan kawasan masjid anjuran AJK dan Lajnah Masjid Al-Muttaqin pada
tarikh: 30 ogos 2014
Masa: 8.30pagi - 1.00 ptg.
Terima kasih pada semua yang hadir
tarikh: 30 ogos 2014
Masa: 8.30pagi - 1.00 ptg.
Terima kasih pada semua yang hadir
Program kuliah masjid Al-Muttaqin Kampung Bujang sepanjang tahun 2014
Ust. Sobri Imam Masjid Al -Muttaqin menyampaikan kuliah magrib kepada hadirin muslimin dan muslimat
yang setia mengilkuti program anjuran AJK masjid.
yang setia mengilkuti program anjuran AJK masjid.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















